Pages

Tuesday, 17 November 2015

PERTANDINGAN UKIRAN BUAH-BUAHAN 2015 : RTC GOPENG

 PERTANDINGAN UKIRAN BUAH PROFESSIONAL ANJURAN PERAK CHEF ASSOCIATION

Kali ini pada 14 November 2015 saya sekali lagi berpeluang untuk menyertai pertandingan yang diakan di RTC Gopeng Perak. Pertandigan ini dianjurkan oleh Perak Chef Association. Mendapat info ini daripada Chef Halim Hassan adik kepada Chef Selebriti Sabri Hassan.

Saya  juga bersama beberapa perserta dari MAC (Malaysia Artistic Carving) menyertai pertandingan di Perak ini. Banyak acara kemahiran di tawarkan seperti menghias kek, pereka fesyen baju, jurusolek, dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada peserta untuk mengiktiraf kemahiran terpendam mereka. Sy melalui jalan ke Cameron dan turun di Simpang Pulai. Menarik bukan?hehehe..



Keseluruhannya saya berjaya siapakan 1 landskap gubahan buah yang saya rasa amat berpuas hati dengan hasil kerja dalam masa 2 jam termasuklah ukiran buah tembikai, 2 biji betik dan 1 honeydew serta rose dari carrot dan bunga2 kecil dari carrot juga. Pengalaman mengajar sy erti pengurusan masa serta skill yang diperlukan...

Hasil Persembahan
Tembikai merah


Landskap hasil saya
Tembikai Susu
Ukiran Ais hasil seni dari Chef Halim Hassan
Tembikai susu sisi
Tepi Sisi

Betik Hasil Ilham Chef Yusof Yaakob semasa BOTC 2014






Papaya Roses

Its Simply Me

Tempat Kedua

Alhamdulillah berbaloi akhirnya dapat tempat kedua serta memenangi cash RM200 dibawa pulang.
 Tempat pertama sehingga kedua juga dirangkul oleh peserta MAC. Syukur...
Semoga saya akan lebih berkarya dengan hasil seni yang lebih mencabar.

Page : Adam's Kitchen
H/P : 0189174074

2 comments: